Ads Top

Main Ad

32 Tahun Dalam Industri Baru Merasa Trofi, Roy Azman Syukur Ada Kenangan

Pelakon Roy Azman menzahirkan perasaan syukur ke atas rezeki yang diperolehinya apabila berjaya merangkul tempat ketiga dalam pentas akhir Muzikal Lawak Superstar Musim Ke-2 (MLS2) menerusi kumpulan Viral sekaligus melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi kemenangan.

Perkara tersebut dikongsikan Roy menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement
Roy AzmanSumber : Google  

Menyifatkan kemenangan itu sebagai memori terindah buat dirinya, Roy memberitahu bahawa trofi kemenangan itu merupakan yang pertama diperolehinya sejak 32 tahun berkecimpung dalam industri seni.

Meskipun trofi tersebut bukanlah dalam bidang lakonan, namun Roy berasa gembira dan tetap menghargainya.

View this post on Instagram

A post shared by roy azman (@thisisroyazman)

“Selama 32 tahun berkecimpung dalam dunia seni lakon tanah air, buat pertama kalinya abang dapat trofi tapi dalam dunia lawak bukan lakonan. Maknanya lakonan abang tak menarik, syukur. Alhamdullilah, setidaknya dalam 32 tahun adalah satu piala, tak kira apa bidang sekalipun.”

Menganggap ianya sebagai kenangan terindah, Roy juga sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana terutamanya peminat yang setia memberikan sokongan padu terhadap dirinya.

View this post on Instagram

A post shared by roy azman (@thisisroyazman)

Tahniah diucapkan buat Roy Azman!

The post 32 Tahun Dalam Industri Baru Merasa Trofi, Roy Azman Syukur Ada Kenangan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.