Ads Top

Main Ad

5 Tahun Berkahwin Tanpa Restu Ibu, Siti Fazurina Akui Hidup Terasa ‘Kosong’

Adakah anda masih ingat dengan pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Dunia Anita, Siti Fazurina Mohd Famir?

Dia yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila telah mendirikan rumah tangga di luar pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain mengakui restu orang tua amat penting sebelum membina mahligai perkahwinan.

Siti Fazurina yang lebih mesra disapa sebagai Nina berkata, laluan serta liku hidupnya berdepan cabaran setelah bergelar isteri dan ternyata ianya telah mengajar dia agar lebih mengutamakan keluarga dalam segenap aspek kehidupan.

View this post on Instagram

A post shared by Nina Fazurina (@nina_fazurina)

Advertisement

“Seperti semua sedia maklum, hubungan saya dan keluarga terjejas tidak lama dahulu apabila mereka tidak merestui perkahwinan saya bersama suami. Bukan sehari dua, tetapi lima tahun juga hidup saya kosong apabila berjauhan daripada mereka..”

Ujar Nina lagi, meskipun keluarga mertua melayannya dengan baik seperti anak sendiri, namun kekosongan itu masih dirasai dek kerana ibu bapa yang tidak merestui hubungan suci yang dibina.

Katanya lagi, setelah mengambil keputusan untuk berbaik semula dengan ahli keluarga, peluang pekerjaan juga semakin terbuka malah dia dan suami juga kini sudah tinggal bersama-sama ibu dan ayahnya.

“Jujur tanpa kasih sayang ibu bapa saya akui hidup tidak lengkap. Saya tetap nak mereka restu perkahwinan saya. Jadi beberapa tahun lalu saya ambil keputusan untuk bertemu keluarga seorang diri terlebih dahulu, kemudian ibu minta saya bawa suami. Alhamdullilah, kini kami sangat rapat.”

Nina dan suami, Muhammad Hykal Zulkifli,39, difahamkan masih belum dikurniakan cahaya mata namun tidak tergesa-gesa untuk memikirkan soal itu.

Tambah pelakon wanita ini lagi, dia pernah keguguran sebanyak dua kali sebelum ini dan doktor juga mengesahkan bahawa kedua-duanya tidak mempunyai masalah kesihatan serta menyerah soal rezeki anak kepada urusan Illahi.

Terdahulu, Nina dan suami telah bernikah di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember 2012 hanya berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.

The post 5 Tahun Berkahwin Tanpa Restu Ibu, Siti Fazurina Akui Hidup Terasa ‘Kosong’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.