Ads Top

Main Ad

Abaikan Caci Maki Netizen, Serina Redzuawan Kini Fokus Bisnes Telekung Bersaiz Besar

Kembali menjadi sebutan, nama Serina Redzuwan menjadi perbualan hangat netizen apabila dirinya terbabit dalam isu pernikahan di luar pengetahuan bapanya, Cef Wan dan juga fitnah kartel dadah yang turut melibatkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Enggan menoleh lagi ke belakang, Serina yang ditemui media berkata dia menganggap segala kata-kata nista yang dilemparkan netizen itu sebagai dugaan terbesar dalam hidupnya.

Advertisement
SerinaSumber : Instagram Serina Redzuawan  

Kini, ibu kepada dua anak ini menjelaskan bahawa dia hanya ingin memberi fokus sepenuhnya kepada perusahaan telekung yang diceburinya sejak dua tahun yang lalu.

Serina,38, difahamkan telah memulakan empayar telekung yang diberi nama Serina Inspire yang mengetengahkan pakaian solat bersaiz besar untuk pelanggan.

View this post on Instagram

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan)

“Saya mahu setiap pembeli yang menggunakan telekung in berpuas hati dengan rekaan yang selesa dan berkualiti terutama bagi mereka yang berbadan gempal…”

Advertisement

Jelas anak perempuan kepada cef selebriti terkenal, Cef Wan ini lagi, perniagaan yang diusahakannya itu telah mengeluarkan 10 corak dengan purata jumlah jualan melebihi 1,000 pasang sebulan.

Malah, sempena bulan Ramadan tahun ini, dia juga telah melancarkan dua corak terbaharu dengan lapan warna menarik.

“Telekung ini agak berbeza dengan telekung jenama lain di pasaran kerana saya menggunakan material yang berbeza dan pastinya tidak mengecewakan sesiapa yang mencubanya.” ujarnya lagi.

Menafikan bahawa perniagaan tersebut dijalankan kerana populariti mendadak yang dikecapi secara tiba-tiba, Serina menjelaskan bahawa pembabitannya dalam jualan telekung itu tidak dibuat dengan tergesa-gesa.

Sementara itu, Serina juga difahamkan sedang menjalankan perniagaan air minuman jagung yang dikenali sebagai Air Jagung Heaven yang hanya dipasarkan menerusi stesen minyak dan juga biskut serta hamper raya sepanjang bulan Ramadan ini.

The post Abaikan Caci Maki Netizen, Serina Redzuawan Kini Fokus Bisnes Telekung Bersaiz Besar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.