Ads Top

Main Ad

Ajar Anak Lipat Kain Baju Sendiri, Suhaimi Saad Sedih Ramai Orang Tak Ada Adab Meskipun Terpelajar

Bekas kumpulan anggota nasyid In-Team, Suhaimi Saad dalam sebuah hantaran terbarunya di Instagram telah menyarankan agar ibu-bapa mendidik anak dengan ilmu agama dan juga kemahiran hidup yang tinggi.

Ujar Suhaimi, kelayakan akademik sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang itu insan yang berguna dan berjaya dalam hidup.

Advertisement

Dalam entri tersebut, Suhaimi turut berkongsi aktiviti mengajar anaknya melipat kain baju sendiri untuk tatapan peminat.

“Saya ajar anak anak lipat kain baju sendiri. Ajarlah anak anak ilmu Al-Quran, hadis, akhlak dan kemahiran. Akademik saja tidak cukup untuk menjadikan anak-anak kita manusia yang berguna dan berjaya.”

Dia dalam pada itu turut meluahkan pendapat mengenai lambakan orang yang terpelajar dan berkelulusan namun tidak mempunyai adab dan berkemahiran.

“Puncanya tidak lain tidak bukan, kerana kurang iman dan amal yang benar di sisi Tuhan..” tulisnya lagi.

The post Ajar Anak Lipat Kain Baju Sendiri, Suhaimi Saad Sedih Ramai Orang Tak Ada Adab Meskipun Terpelajar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.