Ads Top

Main Ad

Akui Dah Kurang Berbual Dengan Awal, Scha Alyahya Sibuk Uruskan Dua Anak

Pelakon jelita, Scha Alyahya mengakui sejak kelahiran anak keduanya, Lyla Amina, dia dan suami, Awal Ashaari sudah jarang meluangkan masa berdua dan duduk berbual bersama-sama seperti sebelum ini.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya,38, menjelaskan bahawa situasi itu terjadi kerana kesibukannya menguruskan kedua-dua anaknya selain terikat dengan komitmen kerja.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

Ujar Scha, dia sering mengingatkan Awal tentang kekangan kerja dan tugas harian dalam meluangkan masa berkualiti bersama namun bersyukur kerana aktiviti hariannya masih bersama anak-anak tersayang.

“Saya selalu cakap dengan Awal yang kami dah kurang masa untuk berborak, kalau dulu ada sahaja masa nak duduk berbual. Sekarang memang saya akui masa itu dah kurang sebab bila dah kerja di luar dan bila pulang sambung pula kerja dengan anak-anak.”

Pasangan ini ditemui ketika majlis pelancaran Kempen Ramadan Raya Jakel 2021 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

View this post on Instagram

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

Tambah pelakon filem Bikin Filem ini lagi, dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerja yang memerlukan komitmen masa yang panjang kerana memikirkan anak keduanya, Lyla Amina yang masih kecil dan memerlukan perhatian.

Terdahulu, Scha mendirikan rumah tangga bersama Awal Ashaari pada 4 Mei 2012 dan telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana,7, dan Lyla Amina yang dilahirkan pada 12 Februari yang lalu.

The post Akui Dah Kurang Berbual Dengan Awal, Scha Alyahya Sibuk Uruskan Dua Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.