Ads Top

Main Ad

Anak Sulung Dah 9 Tahun, Mawi Dan Ekin Menanti Cahaya Mata Kedua, Mohon Doa Peminat

Penyanyi terkenal dengan lagu Saleha, Asmawi Ani memberitahu bahawa dia dan isteri, Ekin Rahmat masih menantikan kehadiran cahaya mata kedua setelah hampir 13 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.

Mawi dan Ekin turut mempunyai anak perempuan yang kini berusia sembila tahun berkata bahawa mereka berdua tidak terlalu merancang dan berserah kepada Allah S.W.T apabila menyentuh soal zuriat ini.

Advertisement
Mawi dan ekinSumber : Google  

Meskipun ternanti-nanti akan kehadiran seorang lagi cahaya mata, Mawi walau bagaimanapun tetap bersyukur dengan rezeki kebahagiaan rumah tangga yang dikecapi bersama isteri dan anaknya itu.

View this post on Instagram

A post shared by ekinmawi (@ekinmawi_cahaya)

“Anak saya yang pertama dah 9 tahun dan sejujurnya saya ada berbincang dengan Ekin untuk tambah anak tapi itu semua rezeki daripada Allah jadi berserah sahaja kalau ada rezeki, InsyaAllah..”

Dalam pada itu, Mawi turut memohon doa daripada orang ramai terutamanya peminat di luar sana agar mendoakan dia dan isteri dikurniakan cahaya mata lagi.

View this post on Instagram

A post shared by ekinmawi (@ekinmawi_cahaya)

Terdahulu, Mawi telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ekin Rahmat pada tanggal 28 Disember 2008 yang lalu dan hasil perkongsian hidup itu mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Cahaya Malaikha.

The post Anak Sulung Dah 9 Tahun, Mawi Dan Ekin Menanti Cahaya Mata Kedua, Mohon Doa Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.