Ads Top

Main Ad

“Apa Salah Saya Papa?” Keliru Makan Jauh Dari Kawan, Ini Cara Lee Chong Wei Jelaskan Mengenai Bulan Ramadan Pada Anak

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mempunyai cara tersendiri dalam menjelaskan mengenai bulan Ramadan kepada anak sulungnya, Kingston Lee yang kini berusia lapan tahun.

View this post on Instagram

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)

Advertisement

Di saat seluruh dunia baru sahaja menyambut bulan Ramadan, Lee Chong Wei berkongsikan cerita mengenai anaknya itu yang keliru kerana dikehendaki makan berjauhan daripada rakan-rakannya ketika waktu rehat di waktu persekolahan.

Perkara itu dikongsikan bapa kepada dua anak itu menerusi sebuah hantaran di Facebooknya, baru-baru ini.

Menggelar Kingston sebagai Koko, anak kecil itu mempersoalkan mengapa dua sahabat berbangsa Melayu enggan lagi makan bersamanya.

FB Chong WeiSumber : Facebbok Lee Chong Wei  

“Apa salah saya papa?” tanya Kingston kepada Lee Chong Wei.

“koko @kingstonleekc, you tak salah. Kawan-kawan you tu sebenarnya dah start puasa. Dan cikgu suruh makan di tepi sebagai tanda penghormatan kepada kawan-kawan yang tengah berpuasa tu. Jadi kamu kena nasihat kawan-kawan Cina India lain, mesti sokong kawan-kawan Melayu ini menjalankan ibadah puasa. Kena bertolak ansur dan hormat sesama lain..”

Advertisement

Meskipun pada awalnya Kingston menunjukkan sikap memberontak, setelah memberi penjelasan dengan sebaiknya, anaknya itu seakan memahami kewajipan yang mesti dipenuhi umat Islam ketika ini.

Jaguh badminton itu turut memaklumkan kepada Kingston bahawa jika tiada sikap tolak ansur sesama mereka, rakan-rakan yang lain mungkin tidak mahu berkawan lagi dengan anaknya itu.

Lee Chong WeiSumber : Facebook Lee Chong Wei  

Dalam hantaran yang sama, Datuk Lee Chong Wei turut memuat naik fotonya yang segak bergaya memakai baju melayu berona biru lengkap bersampin dengan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di negara ini.

The post “Apa Salah Saya Papa?” Keliru Makan Jauh Dari Kawan, Ini Cara Lee Chong Wei Jelaskan Mengenai Bulan Ramadan Pada Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.