Ads Top

Main Ad

Badan Berpeluh-Peluh Dan Tidak Boleh Tidur, Uyaina Arshad Alami ‘Mental Breakdown’

Pelakon dan juga pengacara, Uyaina Arshad memberitahu bahawa dia telah mengalami ‘mental breakdown’ yang teruk sejak beberapa hari yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Advertisement

Ujar Uyaina, dia berasa negatif pada setiap masa dan mengalami masalah sukar tidur dan migrain yang teruk pada setiap masa.

Kata pelakon drama  Perempuan Tanpa Dosa ini lagi, dia juga merasa sangat penat dan berpeluh-peluh apabila menghadapi perasaan tersebut.

Dia dilihat telah berkongsikan mengenai perkara tersebut di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Tunang kepada Raja Syahiran itu walau bagaimanapun bersyukur kerana peminat serta pengikut media sosialnya banyak memberikan tips apabila menghadapi gangguan tersebut.

“Alhamdullilah I’m felling a lot better now. Apa yang Yana boleh kongsi adalah kita jangan menidakkan perasaan ini. Jangan supress atau pendam sorang-sorang. Luahkan dekat orang yang kita percaya..” nasihat Uyaina dalam hantarannya itu.

View this post on Instagram

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Tambah Uyaina, setiap orang yang menghadapi masalah yang sama sepertinya supaya segera mendappatkan bantuan segera serta mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dan mencari  sokongan daripada individu sekeliling.

The post Badan Berpeluh-Peluh Dan Tidak Boleh Tidur, Uyaina Arshad Alami ‘Mental Breakdown’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.