Ads Top

Main Ad

Bakal Berhijrah, Nourul Depp Nafi Pindah Luar Negara Kerana Merajuk Dengan Mana-Mana Individu

Penyanyi Nourul Depp mengakui dia sudah lama merancang untuk berhijrah ke luar negara bersama suami dan anak-anaknya.

View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Difahamkan, Nourul juga kini sedang menguruskan hal-hal berkaitan perpindahannya ke luar negara yang dijangka akan selesai dalam masa terdekat.

Malah, ibu kepada empat orang anak ini turut berkongsikan perjalanan serta momen-momen menguruskan perkara tersebut menerusi hantaran kemaskini di laman Instagramnya.

Dia yang ditemui media baru-baru ini tampil menjelaskan bahawa perancangan mengenai perpindahan ke luar negara itu sebenarnya tertunda gara-gara pandemik yang melanda seluruh dunia.

Ujar Nourul lagi, dia gemar meneroka perkara baru di negara asing.

View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Advertisement

“Kami mula terfikir (hal berpindah ke luar neagra) sejak tahun 2007 lagi) mungkin sekarang tiba masa yang sesuai, negara yang kami ingin pindah ini juga sudah menerima orang masuk dengan syarat yang ditetapkan. Suami saya pun sedang uruskan segala proses untuk ke negara itu, setakat ini semuanya baik-baik saja.”

Meskipun begitu, Nourul masih belum mahu mendedahkan mengenai negara yang bakal menjadi destinasinya itu kepada umum namun memberi ‘hint’ yang ianya masih dalam benua Asia.

View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Ditanyakan adakah perpindahan tersebut turut didorong oleh sebab merajuk dengan industri atau mana-mana individu, Nourul menafikan dakwaan terbabit dan menyerahkan segalanya kepada Allah S.W.T.

“Saya pindah ke luar negara bukan sebab merajuk dengan mana-mana pihak, saya bersedia, perniagaan pun boleh dilakukan secara online di sana. Saya dah tak ada ibu bapa, anggota keluarga lain okay sahaja cuma mungkin sedih sebab jarang berjumpa nanti.” – Nourul Depp

The post Bakal Berhijrah, Nourul Depp Nafi Pindah Luar Negara Kerana Merajuk Dengan Mana-Mana Individu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.