Ads Top

Main Ad

Bapa Tenat Kerana Positif COVID-19, Azlan Reda Dengan Ketentuan Ilahi

Vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter, Azlan atau nama sebenarnya Norazlan Roslee kini reda dengan keadaan bapanya yang semakin tenat di Hospital Serdang dipercayai kerana positif COVID-19.

Azlan yang dihubungi media memaklumkan bahawa bapanya telah disahkan positif sejak dua minggu yang lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) usai seminggu dirawat.

Advertisement

Ujar Azlan, dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa dan kini hanya berharap akan keajaiban daripada Allah S.W.T.

Hanya mendoakan agar urusan bapanya dipermudahkan, Azlan menjelaskan bahawa orang tuanya itu kini bergantung pada mesin bantuan pernafasan.

Advertisement

“Saya reda selepas dimaklumkan oleh adik petang tadi (semalam) tentang keadaan ayah yang semakin tenat. Sejak seminggu lalu ayah menggunakan mesin bantuan pernafasan dan menurut adik bila-bila masa sahaja ia akan dicabut.”

Tambahnya lagi, ketika kali terakhir bertemu bapanya itu masih dalam keadaan sihat walafiat dan sempat meluangkan masa bersama.

“Tetapi tidak mengapalah, jika sudah masanya dia pergi saya ikhlaskan hati. Walaupun tidak dapat bertemu atau melawat beliau disebabkan SOP yang ditetapkan hospital..” ujar Azlan.

Dalam pada itu, Azlan memberitahu bahawa ahli keluarganya yang lain negatif wabak tersebut dan sempat menyampaikan pesanan bahawa pandemik yang melanda seluruh dunia adalah sesuatu yang benar-benar terjadi dan bukanlah hanya spekulasi semata-mata.

The post Bapa Tenat Kerana Positif COVID-19, Azlan Reda Dengan Ketentuan Ilahi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.