Ads Top

Main Ad

Batuk Kuat Dan Demam Berterusan, Pelakon Farisha Irwayu Sah Positif COVID-19 Tahap Tiga

Pelakon Farisha Irwayu memberitahu dirinya sekarang ini positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang sejak 19 April lalu.

Beliau berkongsikan perkara itu di laman Facebook, kata Farisha, 52, dia membuat ujian calitan selepas merasakan dirinya mempunyai tanda-tanda gejala COVID-19 seperti batuk dan demam berterusan selama seminggu.

Advertisement
Facebook Farisha Irwayu

Farisha Irwayu memuatnaik perkembangan dirinya di Facebook.

Pelakon yang pernah popular dengan slot drama Spektra suatu ketika dahulu, memberitahu dirinya memakai gelang biru dan putih sebagai tanda pesakit COVID-19 yang sudah berada pada tahap tiga.

Saya dipakai gelang berwarna biru dan putih sebab COVID-19 stage 3.

Farisha meminta orang ramai untuk pergi berjumpa dengan doktor segera jika mempunyai tanda-tanda gejala COVID-19.

Hari ini masih batuk kuat, sakit belikat belakang pinggang. Sesiapa sahaja di luar sana kalau ada sakit sikit-sikit, batuk atau demam, jangan ambil remeh.

Farisha juga meminta orang ramai untuk mendoakan dirinya dan keluarga agar cepat sembuh dan mendapatkan kesihatan yang baik semula di bulan Ramadan ini.

Pada masa yang sama, suaminya, Tuan Asmawi Tuan Umar, 46, juga disahkan positif COVID-19 sehari selepas dia dimasukkan ke pusat kuarantin.

The post Batuk Kuat Dan Demam Berterusan, Pelakon Farisha Irwayu Sah Positif COVID-19 Tahap Tiga first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.