Ads Top

Main Ad

“Bawa Laju Macam Nak Pergi Perang!” Kereta Kena Langgar, Mila Jirin Terselamat Dari Kemalangan

Penyanyi dan juga usahawan, Mila Jirin dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan di mana kereta yang dinaikinya bersama keluarga telah dilanggar oleh sebuah kenderaan lain.

View this post on Instagram

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Persis Mutiara ini menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan para peminat serta pengikut media sosialnya.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin berkata sisi pintu penumpang bahagian belakang telah mengalami calar teruk akibat kemalangan itu.

View this post on Instagram

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

“Kena langgar semalam (kelmarin). Si pelanggar bawa laju macam nak pergi perang. Nasib baiklah si pelanggar baik budi pekerti. Saya dan suami maafkan dia. Tidak sengaja sebab nak cepat untuk makan malam dengan keluarga.”

Dia dalam pada itu turut memanjatkan kesyukuran kerana tidak mengalami sebarang kecedaraan serius dan masih dilindungi Allah S.W.T.

Mila juga sempat menasihatkan orang ramai di luar sana agar sentiasa berhati-hati memandu dan tidak membawa kenderaan dengan laju.

The post “Bawa Laju Macam Nak Pergi Perang!” Kereta Kena Langgar, Mila Jirin Terselamat Dari Kemalangan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.