Ads Top

Main Ad

“Berikan Dia Ruang..” Tak Sangka Ada Masalah Mental, Siti Sarah Sentiasa Doakan Janna Nick

Penyanyi Siti Sarah mengirimkan doa buat pelakon Janna Nick dan sesiapa sahaj di luar sana yang mengalami masalah mental agar terus berjuang dan bersabar dengan setiap dugaan.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik Siti Sarah di ruangan Instagramnya, penyanyi lagu Kesetiaan ini mengaku terkejut dengan pengakuan Janna yang pernah mencuba untuk membunuh diri sejak usai remaja.

Advertisement

Menganggap pelakon wanita itu sebagai seorang yang baik dan sangat bekerja keras dalam kerjayanya, Sarah menitipkan doa agar Janna sentiasa kuat dan tabah.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

“Saya baru baca hantaran @jannanick dalam Instagram. Allahuakbar, hati saya terdetik dan terus DM dia (Janna). Janna seorang yang baik dan pernah terjumpanya beberapa kali. Kami juga ada berbual-bual dalam Instagram.Saya ikut perkembangan dia. Janna seorang gadis yang bekerja keras dalam bidang seni.”

Advertisement

Tambah Sarah lagi, perkara berkaitan penyakit mental bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main dan bahan jenaka kerana ianya sangat sensitif.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Jom kita doa dan mohon yang baik-baik agar semua dipermudahkan. Jaga percakapan, jaga perbuatan dan jaga pertuturan. Moga kita semua terus berada dalam rahmat Allah S.W.T.” tulisnya lagi.

Terdahulu, Janna mendedahkan bahawa dia mengalami masalah kemurungan dan pernah mencuba untuk membunuh diri beberapa kali seperti menelan panadol dan mengelar pergelangan tangannya ketika zaman remajanya.

The post “Berikan Dia Ruang..” Tak Sangka Ada Masalah Mental, Siti Sarah Sentiasa Doakan Janna Nick first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.