Ads Top

Main Ad

Buat Koleksi Lagu #DengkiKe Bertujuan Hina Permaisuri Agong, Aktivis Fahmi Reza Direman Sehari

Susulan mengenai penahanan Fahmi Reza yang didakwa telah menghina Raja Permaisuri Agong, aktivis terkenal itu telah direman sehari bagi membantu siasatan.

Perkara tersebut disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Advertisement
Fahmi RezaSumber : Google  

“Fahmi direman satu hari pada Sabtu untuk siasatan polis.” katanya kepada sebuah media seperti dilaporkan pada hari ini.

Jumaat lalu, Huzir memaklumkan Fahmi Reza atau nama sebenarnya Fahmi Reza Mohd Zarin telah ditahan di sebuah lokasi di ibu negara dan difahamkan sebanyak 7 orang anggota dikerahkan untuk menahan aktivis tersebut.

Dengki keSumber : Google  

Penahanan itu dilaksanakan selepas satu laporan polis telah diterima oleh pihak berkuasa di mana satu hantaran menggunakan akaun Facebook dan Twitter Fahmi Reza yang didakwa telah menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Laporan PolisSumber : Google  

Hantaran tersebut mengandungi sekeping gambr Raja Permaisuri Agong berserta tanda pagar #Dengkike.

Siasatan telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

The post Buat Koleksi Lagu #DengkiKe Bertujuan Hina Permaisuri Agong, Aktivis Fahmi Reza Direman Sehari first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.