Ads Top

Main Ad

‘Double Standard, Aku Dah Penat’ – Netizen Persoal SOP Melawat Siti Nurhaliza

Umum sedia maklum, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza baru sahaja menimang cahaya mata kedua tanggal 19 April lalu. Berkongsi berita gembira tersebut, Asyraf Khalid menerusi perkongsian di Instagram memuat naik detik kelahiran adik bongsunya itu.

BACA: Dikritik Kongsi Wajah Anak Kedua Siti Nurhaliza Sejurus Selepas Dilahirkan, Ini Respon Asyraf Khalid

Advertisement

Walau bagaimanapun, ada netizen mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) bersalin di hospital apabila ramai pelawat dibenarkan masuk. Tambahnya, berdasarkan pengalaman, tiada seorang pun dibenar masuk kecuali suami sahaja.

Mendapat lebih 1.4k retweet dan 1.3k tanda suka, pelbagai respon yang diterima lelaki ini. Rata-rata berpendapat pelawat dibenarkan masuk kerana sudah membuat ujian swab terlebih dahulu.

Menurut mereka, jika bersalin di hospital kerajaan, pelawat sememangnya tidak dibenarkan masuk kecuali hanya seorang penjaga.

Manakala, hospital swasta pula peraturannya lebih longgar dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu seperti ujian swab dan sebagainya.

The post ‘Double Standard, Aku Dah Penat’ – Netizen Persoal SOP Melawat Siti Nurhaliza first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.