Ads Top

Main Ad

Gambar Seolah Berada Di Luar Negara, Peminat Sangka Sharifah Sakinah Dah Berkahwin

Pelakon Sharifah Sakinah kembali mencuit perhatian peminat apabila dia ada memuat naik sebuah video pendek bersama kekasih hatinya, Michael Hansen sedang melakukan senaman berdua.

Apa yang menarik perhatian netizen apabila latar belakang pasangan itu seperti sedang berada di sebuah negara asing, bukannya di Malaysia.

Advertisement
Sharifah SakinahSumber : Google  

Berikutan itu, timbul persoalan dalam kalangan peminat adakah Sakinah sudah berhijrah ke luar negara bersama Michael?

Meskipun ruangan komen hantaran berkenaan dihujani persoalan yang sama daripada peminat, Sakinah walau bagaimanapun terus mendiamkan diri dan membiarkannya terus menjadi tanda tanya.

Sharifah SakinahSumber : Instagram Sharifah Sakinah  

Ada pula yang mendakwa dan merasakan Sakinah dan Michael telah pun berkahwin tanpa pengetahuan peminat dan terus berpindah ke luar negara.

Meninjau ruangan komen, selain komen berbaur pertanyaan mengenai perpindahan dan perkahwinan selebriti kontroversi itu, ramai yang tampil mendoakan Sakinah dan pasangan menemui kebahagiaan mereka dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Sakinah pernah muncul dalam sebuah program temu bual bersama Datuk Aznil Haji Nawawi dan memaklumkan akan berpindah ke luar negara bagi menjalani rawatan penyakit yang dihidapinya iaitu Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD.

Sharifah Sakinah MichaelSumber : Google  

Sakinah dan Michael juga telah bertunang dan mengumumkan akan bernikah pada Mei tahun ini.

Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu pernah berkahwin kali pertama bersama Afif Adha sebelum bercerai pada Mei 2020 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

The post Gambar Seolah Berada Di Luar Negara, Peminat Sangka Sharifah Sakinah Dah Berkahwin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.