Ads Top

Main Ad

“Hanya Allah Mengetahui Isi Hati..” – Nonny Nadirah Akhirnya Buka Mulut Isu Berpakaian Seksi

Pelakon Nonny Nadirah akhirnya tampil memberi sedikit kenyataan kepada peminat yang mungkin tertunggu-tunggu penjelasan daripada tuan badan sendiri mengenai isu dirinya yang tiba-tiba sahaja berubah dan tampil berpakaian seksi di media sosial.

Nonny NadirahSumber : Google  

Nonny difahamkan telah memohon maaf di atas semua kesalahan yang pernah dilakukan dirinya kepada mereka di luar sana sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini.

Advertisement

Namun tidak menyatakan secara terperinci, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin memohon peminat serta netizen agar sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Perkara tersebut dihebahkan Nonny menerusi sebuah hantaran di Instagram Storynya, semalam.

Nonny NadirahSumber : Instagram Nonny Nadirah  

 

“Assalamualaikum. Saya rindu semua. Sempena kedatangan bulan Ramadan, saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap saya yang terang mahupun yang tersembunyi. Doakan yang terbaik buat saya. Lillahi Ta’ala, saya sayang semua kerana Allah. Keluarga, sahabar, peminat maaf dan terima kasih untuk segalanya.”

Dalam pada itu, pelakon drama Melankolia ini enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.

NonnySumber : Google  

“Saya simpan komen saya… Hanya Allah saja yang mengetahui segala isi hati. Minta maaf..” tulisnya lagi.

Terdahulu, Nonny dilaporkan telah memuat naik sebuah video bergambar yang memaparkan seorang wanita yang dipercayai dirinya sambil berseluar pendek dan juga sebuah video di mana dia sedang berendam dalam sebuah baldi dan sedang berkemban di Instagram miliknya.

The post “Hanya Allah Mengetahui Isi Hati..” – Nonny Nadirah Akhirnya Buka Mulut Isu Berpakaian Seksi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.