Ads Top

Main Ad

“Hari Lahir Kau Aku Yang Dapat Hadiah!” Nadzmi Adhwa Terharu Dapat Kereta Mewah Daripada Isteri, Ardell Aryana

Berbalas-balas ‘surprise’ nampaknya pelakon yang juga suami isteri, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana apabila mereka dikatakan saling memberi hadiah berupa kereta mewah sempena ulang tahun kelahiran Ardell yang ke-31, baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by ????? ????? ??? ???? (@nadzmiadhwa)

Advertisement

Jika sebelum ini Nadzmi ada membuat kejutan  berupa hadiah Toyota Alphard sempena hari lahir Ardell, kali ini isterinya itu difahamkan telah menghadiahkan Nadzmi dengan kereta mewah jenih Mercedes Benz C-300 di hari kelahirannya.

“Selamat hari bahagia Ardell Aryana. Tapi harini aku yang paling bahagia sebab dapat isteri baru. Hari lahir kau tapi aku yang dapat hadiah. Kalau tiap-tiap hari, birthday kau seronok juga kan, hari-hari dapat hadiah.”

Nadzmi dilihat telah berkongsikan perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Ujar pelakon dan juga pengacara TV itu lagi, Ardell tidak pernah mengecewakannya terutama dalam bab memberi kejutan istimewa sejak mereka belum berkahwin lagi.

Terdahulu, Nadzmi dan Ardell Aryana telah mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman Ardell bertempat di Seri Kembangan.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020 yang lalu.

The post “Hari Lahir Kau Aku Yang Dapat Hadiah!” Nadzmi Adhwa Terharu Dapat Kereta Mewah Daripada Isteri, Ardell Aryana first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.