Ads Top

Main Ad

Hilang Deria Rasa Dan Bau, Sweet Qismina Disahkan Positif COVID-19

Mendukacitakan apabila pelakon Sweet Qismina dikhabarkan positif COVID-19, menerusi satu entri baru yang dimuat di laman Instagram miliknya sendiri.

Berada di Kuala Kangsar sejak daripada 15 April lagi untuk menjalani penggambaran filem, pelakon wanita itu mula berasa tidak sihat pada keesokan harinya.

Advertisement

“Sweet mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi keadaan semakin belum pulih dan sukar untuk bernafas.”

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

Selepas menerima keputusan positif daripada ujian calitan RTK di Columbia Hospital Taiping, Sweet kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk menjalani proses kuarantin di mana ujian calitan PCR turut disahkan positif.

sweet qismina

 

Kini berada di Pusat Kuarantin di Ipoh, pelakon itu dikhabarkan tidak mempunyai sebarang komplikasi namun hilang deria rasa dan bau.

Semoga Sweet cepat sembuh.

The post Hilang Deria Rasa Dan Bau, Sweet Qismina Disahkan Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.