Ads Top

Main Ad

‘Inilah Quran Yang Haris Bawak..’ – Neelofa Kongsi Saat Cinta Mula Berputik

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa menerusi sesi live di Instagram Markaz Tijaari ‘berseloroh’ mengenai bibit-bibit percintaan dengan suami pada Ramadan tahun lalu.

Advertisement

Rakaman pendek yang dikongsikan semula peminat menerusi page lofa.haris menunjukkan Pu Riz sedang membelek senaskah al-Quran. Neelofa mula membuka cerita memberitahu al-Quran tersebut ditinggalkan suami selesai solat terawih bersama keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?? & ? (@lofa.haris)

Advertisement

Inilah al-Quran yang Haris bawak untuk berteraweh dengan kitaorang semua tahun lepas, pada bulan Ramadan masa cinta mula berputik. Lepastu, dia pun tertinggal Quran ni dekat rumah I, I pun kebas al-Quran ni. Dan i buat untuk I punya kelas tilawah al-Quran. I pakai quran ini.

Lepastu masa Haris minta nak ambik, saya kata tak boleh. I dah tanda dah, dah guna every classes, tak boleh ambik. Its mine now. Ikhlas ke bagi?

Menurut Neelofa, dia mengambil al-Quran tersebut dan menggunakannya ketika kelas tilawah bersama ustazah. Dia juga telah membuat catatan dan tanda di al-Quran membuatkan Haris terpaksa memberikan al-Quran tersebut kepadanya. Ketika ditanya sama ada ikhlas atau tidak, PU Riz mengangguk dan menjawab ‘ikhlas’.

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diterima daripada peminat. Rata-rata mendoakan semoga pasangan ini kekal bahagia.

 

The post ‘Inilah Quran Yang Haris Bawak..’ – Neelofa Kongsi Saat Cinta Mula Berputik first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.