Ads Top

Main Ad

Jalani Prosedur Pasang Gigi Palsu, Wawa Zainal Tunaikan Impian Anak

Wawa Zainal memuatnaik video pendek di laman Instagram membawa anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa melalui prosedur memasang gigi palsu yang sama seperti orang dewasa memasang gigi palsu.

Setelah sekian lama, akhirnya Wawa Zainal menunaikan juga hasrat anak keduanya itu bagi memiliki gigi yang cantik.

Advertisement

Di dalam video pendek tersebut juga terlihat gelagat Hayla dari mula hingga ke akhir prosedur memasang gigi palsu itu.

Akhirnya impian Hayla menjadi kenyataan. Cun tak @haylaadzkiya ada gigi?

Attar, anak pertama beliau juga berada di dalam video tersebut juga tetapi prosedur yang dilakukan berbeza dengan Hayla yang memasang gigi baharu manakala Attar hanya membuang gigi yang rosak sahaja.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)

Sebelum ini juga Wawa dan Aeril dituduh tidak tahu menjaga gigi anak-anak mereka tapi dinafikan oleh Wawa kerana beliau seringkali menggosok gigi anaknya dua kali sehari cuma terlambat membawa mereka pergi klinik gigi lebih awal.

Wawa juga memberi pesanan kepada pengikutnya di Instagram untuk tidak berputus harapan jika anak mereka mempunyai masalah yang sama.

 

The post Jalani Prosedur Pasang Gigi Palsu, Wawa Zainal Tunaikan Impian Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.