Ads Top

Main Ad

“Jangan Sebab Korang, Semua Kena Kurung!”-Zarina Zainoordin Mengamuk Isu Kongsi Foto Rentas Negeri

Pelakon Zarina Zainoordin meluahkan rasa berang apabila melihatkan individu yang rancak memuat naik foto aktiviti rentas negeri tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung oleh orang lain.

Luahan perasaan itu dizahirkan Zarina menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan dan bacaan peminat serta pengikut media sosialnya.

Advertisement

Tambah Zarina lagi, jika benar seseorang individu itu mendapat kebenaran untuk merentas negeri, mereka sepatutnya tidak berkongsi kegembiraan tersebut di media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by ZarinaAf2 (@zarinazainoordin)

“Faham..tapi simpan-simpan dalam hati kegembiraan tu. Jangan upload jangan jadi punca tak boleh keluar kerja nanti..” tulisnya lagi.

Meskipun begitu, bekas bintang Akademi Fantasia musim pertama ini tidak menyebut secara terperinci mana-mana individu yang dimaksudkannya dalam hantaran tersebut.

Advertisement

Meninjau ruangan komen, ramai peminat serta pengikut media sosial pelakon tersebut rata-rata bersetuju dengan pendapat Zarina.

“Cover line sikit..” tulis seorang pengguna media sosial di ruangan komen.

Terdahulu, beberapa orang selebriti seperti Neelofa dan juga Instafamous ada memuat naik foto menikmati percutian apabila diberi peluang untuk merentas negeri di media sosial.

The post “Jangan Sebab Korang, Semua Kena Kurung!”-Zarina Zainoordin Mengamuk Isu Kongsi Foto Rentas Negeri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.