Ads Top

Main Ad

“Jangan Tabur Fitnah Pada Menantu Sis..” Sheila Rusly Nafi Dakwaan Netizen Elisya Sandha Dah Tinggal Serumah

Penerbit dan juga pelakon terkenal, Sheila Rusly tampil menafikan dakwaan netizen yang menuduh bakal menantunya, yang juga pelakon Elisya Sandha,21,sudah tinggal sebumbung dengan keluarganya.

Sheila tampil menjawab mengenai pertuduhan itu dan menjelaskan bahawa Elisya sering ke rumahnya kerana ingin belajar memasak sebelum berkahwin dengan anak lelakinya, Uzair Haqimy.

Advertisement

Tambah Sheila lagi, Elisya merupakan seorang wanita yang sangat menjaga tatatertib dan menjaga air muka kedua orang tuanya.

“Belum kahwin dah duduk sini ka? hello belum lagi tapi disebabkan dia ada di malam hari korang tabur fitnah kata dia duduk sini. jangan fitnah, berdosa. Dia masih ada mak bapak yang perlu dijaga nama dan air muka, tak boleh conteng arang. Dia tau tatatertib dia. Daripada dia pergi melepak, lebih baik dia datang rumah mak mentua belajar masak.”

Pelakon dan juga pengarah drama Leftenan Zana itu dilihat telah menjawab persoalan tersebut menerusi siaran langsung bersama Elisya di Instagram ketika memasak juadah Seafood Pasta Kam Heong untuk berbuka.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Advertisement

Dia dalam pada itu turut berkata bahawa tidak akan membiarkan perkara bukan-bukan berlaku di antara anaknya dan pelakon wanita itu.

Terdahulu, Elisya dan Uzair telah selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis sederhana yang berlangsung di kediaman kakak Elisya, pelakon Fasha Sandha pada 31 Januari yang lalu.

The post “Jangan Tabur Fitnah Pada Menantu Sis..” Sheila Rusly Nafi Dakwaan Netizen Elisya Sandha Dah Tinggal Serumah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.