Ads Top

Main Ad

“Jangan Tinggal Solat..” Turut Sama Berpuasa, Alvin Chong Akui Sangat Gemarkan Kurma

Pelakon berbangsa Cina yang namanya mula disebut-sebut setelah membintangi drama Takdir Yang Tertulis, Alvin Chong mengakui dia turut sama berpuasa kerana ingin mencuba amalan umat Islam bila tibanya bulan Ramadan itu.

Perkara tersebut dikongsikan Alvin menerusi sebuah hantaran di Instagramnya sekaligus telah mencuri perhatian peminat serta pengikut media sosial pelakon tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123)

Dalam video tersebut, Alvin turut memesan kepada umat Islam yang ingin tidur supaya menunaikan solat terlebih dahulu selepas bersahur.

Alvin difahamkan sedang berada di rumah rakannya iaitu Puteri Zarith dan turut bersahur sekali untuk berpuasa.

“Saya bukan Islam, tapi cuba untuk berpuasa. Saya menghormati dan dalam masa sama nak cuba juga. Siapa ak tidur pergilah tidur, tapi jangan tinggal solat.” ujarnya dalam video tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123)

Advertisement

View this post on Instagram

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123)

Rakannya juga sempat berseloroh kepada Alvin dengan menyoal pelakon tersebut sama ada ingin berkahwin dengan orang Islam.

“Kalau jodoh tak kemana…” Jawab Alvin spontan.

Dia dalam pada itu turut mengakui bahawa sangat menggemari kurma termasuklah susu berperisa kurma dan sempat memesan supaya menjamah buah tersebut.

“Saya sangat suka kurma termasuk susu berperisa kurma. Kita sama-sama berpuasa okay dan tahan.” -Alvin Chong

The post “Jangan Tinggal Solat..” Turut Sama Berpuasa, Alvin Chong Akui Sangat Gemarkan Kurma first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.