Ads Top

Main Ad

“Jangan Tiru Aksi Ini!” Cium Kaki Lelaki, Babak Lakonan Ellie Suriaty Dalam ‘Ayat Dari Langit’ Curi Tumpuan Ramai

Semalam agak tular di media sosial apabila babak lakonan pelakon terkenal, Ellie Suriaty menjirus dan mencium kaki seorang lelaki menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Aksi tersebut difahamkan merupakan babak daripada telefilem terbaharu lakonannya yang berjudul Ayat Dari Langit arahan pengarah Rashid Sibir.

Advertisement

Sedutan filem tersebut ternyata telah menjadi bualan netizen dan ada juga yang memuji kehebatan Ellie yang tidak kisah melakukan aksi tersebut meskipun ada yang beranggapan ianya jijik dan sebagainya.

Selain adegan mencium kaki itu, dialog menghalalkan zina antara Ellie dan Puteri Sarah Liyana turut menjadi perdebatan antara pengguna media sosial.

Beberapa adegan tersebut telah dikongsikan oleh Bambam Studios menerusi beberapa hantaran di Instagramnya untuk tatapan peminat dan pengikut drama tempatan.

Selain Ellie, telefilem tersebut turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Adlin Aman Ramlie, Kodi Rasheed, Rahim Jailani, Ismail Yaakob dan ramai lagi.

Ianya bakal menemui penonton pada hari ini (Sabtu, 17 April 2021) jam 9 malam di saluran Astro Citra.

The post “Jangan Tiru Aksi Ini!” Cium Kaki Lelaki, Babak Lakonan Ellie Suriaty Dalam ‘Ayat Dari Langit’ Curi Tumpuan Ramai first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.