Ads Top

Main Ad

Jarang Kongsi Aktiviti Harian Di Media Sosial, Ben Amir Mahu Nampak ‘Mahal’ Dan Eksklusif

Dengan penggunaan media sosial yang kian berkembang kini, ianya merupakan satu platform yang baik buat selebriti untuk kekal berhubung dengan para peminat.

Tapi tidak bagi Ben Amir apabila pelakon ini memutuskan untuk tidak menggunakan kelebihan tersebut seperti rakan pelakon yang lain.

Advertisement

Menurut pelakon itu, dia memiliki alasan tersendiri dengan tidak berkongsi aktiviti seharian menerusi medium berkenaan.

“Saya memang jaga eksklusiviti sebab lagi susah nak jumpa, lagi mahal benda itu dan buat orang tertunggu-tunggu… disebabkan itu, saya tak post sangat tentang kehidupan peribadi di media sosial.”

ben amir

Jelasnya, strategi tersebut nyata berkesan untuk kelangsungan kerjaya seninya selain menaikkan jangkaan peminat yang menantikan perkembangan terbaru dirinya.

Pun  begitu, Ben menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang yang sombong malah sesiapa yang mengenalinya pasti mengetahui tentang personaliti sebenarnya.

Advertisement

“Siapa-siapa yang kenal dengan saya tahu saya ini macam mana orangnya, perkataan kekwat (sombong) itu tidak pernah wujud dalam hidup saya (disebabkan jarang berkongsi kisah peribadi buat tatapan umum).”

Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan imej berambut paras bahu itu mendedahkan bahawa dia memilih untuk berehat ketika bulan Ramadan ini bagi memberikan fokus untuk beribadah.

“Kalau tahun lalu saya memang berehat ketika bulan puasa sebab tak boleh nak shoot kerana Covid-19. Tahun ini pula memang saya tak ambil mana-mana tawaran sepanjang bulan Ramadan sebab nak fokus beribadah.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BenAmirr (@benamirr)

Dia juga meneliti tawaran projek yang diterima kerana mahu mencari cabaran baharu. Katanya, dia bosan kerana asyik membawakan watak yang sama dan pastinya rakan pelakon yang lain turut mempunyai perasaan yang sama dengannya.

Pasti dah ramai yang nak tengok Ben Amir dalam drama baru kan?

The post Jarang Kongsi Aktiviti Harian Di Media Sosial, Ben Amir Mahu Nampak ‘Mahal’ Dan Eksklusif first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.