Ads Top

Main Ad

“Jika Betul, Dah Lama Keluar Berita..” Chef Wan Nafi Penglibatan Serina Dalam Sindiket Kartel Dadah

Cef selebriti terkenal, Datuk Cef Wan tampil membuat pengakuan bahawa dia sudah beberapa kali menerima berita palsu dan fitnah mengenai Serina di mana terbaru, dakwaan anaknya itu terlibat dengan kartel dadah dan penggubahan wang haram yang tular sejak beberapa hari ini.

Berikutan kes terbaru melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membabitkan penyanyi Ezlynn serta desas-desus yang terpalit nama Serina, Cef Wan akhirnya telah memuat naik laporan polis yang dibuat anak perempuannya selepas difitnah terlibat dengan aktiviti jenayah tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Perkara tersebut diwar-warkan Cef Wan menerusi sebuah hantaran di laman Instagram untuk pengetahuan peminat serta netizen.

“Seminggu ini saya terima macam-macam berita palsu berunsur fitnah, kononnya Rina (Serina) terlibat dengan kumpulan kartel dadah, siap dengan gambar-gambar polis dan segala ceritanya.”

Ujar Cef Wan lagi, jika benar Serina terlibat dengan perkara-perkara sedemikian, sudah pasti berita mengenai aktiviti anaknya itu akan muncul di dada-dada akhbar.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Advertisement

“Jika betul, dah lama berita ini keluar dalam surat khabar. Sampah (Berita palsu).” tulisnya panjang lebar.

Dia dalam pada itu turut mendedahkan bahawa Serina sebenarnya mengetahui siapakah dalang di sebalik penyebaran fitnah ke atasnya dan bakal mengambil tindakan undang-undang.

Cef Wan juga menggesa supaya orang ramai agar berhenti daripada menghantar perkara-perkara fitnah kepadanya selepas laporan polis dibuat kelak.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Sangat menakjubkan bila mereka ada masa untuk buat benda-benda bodoh seperti ini dan menyebarkan fitnah dengan perkara mengarut ini.Cukup-cukuplah menambahkan dosa bulan Ramadan ini..”- Cef Wan

The post “Jika Betul, Dah Lama Keluar Berita..” Chef Wan Nafi Penglibatan Serina Dalam Sindiket Kartel Dadah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.