Ads Top

Main Ad

“Keadaan Agak Tegang, Namun Tak Jejaskan Kebahagiaan Kami..” – Neelofa

Meskipun hangat dihimpit kontroversi dengan pelbagai isu seperti pelanggaran SOP ketika majlis perkahwinan sehinggalah ke kes selipar mesra muslim, personaliti terkenal Neelofa berkata perkara tersebut tidak menganggu hubungannya dengan suami, PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Advertisement

Neelofa yang ditemui ketikas sidang media majlis pelancaran program Infaq Kasih Neelofa itu berkata, Haris dan dirinya banyak berbincang mengenai jalan penyelesaian yang perlu diambil jika dilanda masalah.

“Alhamdullilah, baru saja beberapa minggu berkahwin walaupun keadaan boleh dikatakan tegang, namun ia tidak memberi kesan kepada kebahagiaan kami..” ujar Neelofa.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Dia yang turut mempunyai pasukannya tersendiri akan duduk berbincang mengenai apa yang patut dan tidak patut dilakukan ketika berdepan sesuatu kesukaran dalam perniagaan yang dijalankan.

Sempat ditanyakan mengenai kontroversi dia dan Haris melanggar SOP pada majlis perkahwinan dan merentas negeri ke Langkawi baru-baru ini, Neelofa memilih untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai hal tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Saya tak nak komen banyak. Suami pesan, janganlah panjang-panjangkan..Dia pun tak ada dengan saya sebab bapa saudaranya meninggal dunia semalam (Kelmarin)”

Terdahulu, program Infaq Kasih Neelofa yang diperkenalkan usahawan wanita tersebut difahamkan datang dengan pelbagai variasi supaya orang ramai dapat memberi sumbangan dan derma mengikut kategori bantuan yang diingini.

The post “Keadaan Agak Tegang, Namun Tak Jejaskan Kebahagiaan Kami..” – Neelofa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.