Ads Top

Main Ad

Kelihatan Mesra Bersama Azira, Sharnaaz Sudah Jumpa Pengganti?

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad dan ahli kumpulan De Fam, Azira Shafinaz kini menjadi perhatian utama para netizen kerana kelihatan mesra bersama apabila Sharnaaz memuatnaik video di InstaStorynya.

Sekaligus menimbulkan rasa tanda tanya dari banyak pihak adakah Sharnaaz Ahmad sudah mempunyai pengganti hidup setelah berpisah dengan Noor Nabilah pada Julai, 2020 yang lepas.

Advertisement
azira dan sharnaaz

Sharnaaz Ahmad dan Azira kelihatan mesra sejak akhir-akhir ini.

Terserlah kemesraan mereka berdua apabila Sharnaaz, 36 mengucapkan terima kasih kepada Azira diikutikan dengan emoji kiss kerana telah memberikannya pelitup muka.

Sebelum ini, Sharnaaz pernah dilihat memuatnaik sebuah foto yang gambarnya adalah hantaran sempena ulang tahun kelahiran Azira yang ke-29 pada 26 September yang lalu.

Kedua-dua pihak yang pernah berlakon bersama dalam drama Isteri Mesteri masih belum memberi penerangan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Powered by Blogger.