Ads Top

Main Ad

Kini Buka Bisnes Kedai Minuman, Shuk Sahar Dituduh Tiru Perniagaan Shuib Sepahtu

Meskipun kerjaya serta kariernya agak terjejas setelah dihimpit kontroversi hebat membabitkan rumah tangga sehingga dia diberhentikan kerja sebagai penyampai radio di stesen Hot FM, pelawak Shuk Sahar kini bangkit memulihkan kembali kehidupannya dengan menceburi bidang perniagaan pula.

Difahamkan Shuk telah pun melancarkan perniagaan berasaskan minuman yang diberi nama Semooth Cafe namun terpalit pula dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Shuk seolah-olah meniru konsep kedai minuman pelawak terkenal, Shuib Sepahtu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Semooth Cafe (@semooth.cafe)

Meskipun begitu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar mengakui bahawa dia menjadikan Shuib sebagai sumber inspirasi utama dalam perniagaan yang baru diceburinya itu.

Ujarnya lagi, Shuib banyak memberi tips dan berkongsi ilmu pengetahuan dalam bidang usahawan.

View this post on Instagram

A post shared by shuk_sahar (@shuk_sahar)

Advertisement

“Saya tahu, mungkin akan ada yang kata pembukaan jenama ini seakan-akan meniru kedai minuman yang diusahakan oleh Shuib yang kini sudah popular. Terus-terang saya sendiri memang ada bertanya dan meminta tip perniagaan daripadanya tapi tidaklah meniru. Shuib sebagai seorang sahabat memang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya.”

Dia ditemui ketika sesi ramah mesra bersama media di kafenya, Semooth Cafe yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru=baru ini.

Menganggap Shuib sebagai idola, Shuk berkata dia ingin memperbanyakkan lagi ilmu dan mengikuti jejak langkahnya.

View this post on Instagram

A post shared by Rossa sera (@rossa.sera)

Tambah Shuk, dia menyasarkan enam cawangan Semooth Cafe dibuka pada masa hadapan.

Terdahulu, pihak pengurusan Hot FM telah melepaskan jawatan Shuk sebagai penyampai radio di stesen berkenaan setelah mendapati dia bersalah dalam krisis rumah tangga serta episod curangnya terhadap isteri.

Media tempatan turut melaporkan bahawa Shuk mengakui pendapatannya agak terjejas selepas kontroversi tersebut.

The post Kini Buka Bisnes Kedai Minuman, Shuk Sahar Dituduh Tiru Perniagaan Shuib Sepahtu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.