Ads Top

Main Ad

Lagu ‘Sepi’ Dalam Bahasa Korea, Aina Abdul Sedia Terima Kritikan Peminat K-Pop

Penyanyi berbakat, Aina Abdul difahamkan telahpun muncul dengan lagu hits nyanyiannya iaitu Sepi dalam versi bahasa Korea.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Advertisement

Mengakui dirinya juga amat meminat muzik genre daripada luar negara itu, Aina berkata dia kini sudah mempunyai peminat K-Pop tersendiri.

Hanya ingin menghargai peminat, Aina juga menjelaskan bahawa dia tidak bimbang mengenai kritikan yang bakal dihadapinya berkaitan cara sebutan bahasa korea yang betul, terutamanya daripada peminat K-Pop.

Ujar Aina lagi, dia sudah bersedia untuk mempelajari bahasa asing itu dengan lebih baik dan fasih.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Advertisement

“Saya tak takut..sebab bagi saya lagu Korea pun ada selit bahasa Inggeris yang tak la begitu sempurna juga..Tapi kita semua terima sebab mereka jujur. Saya sendiri peminat korea, semua lagu korea. Saya pun sudah kumpul peminat dari negara itu yang selalu beri reaksi kepada lagu cover saya dan sekarang saya nak buat sesuatu untuk mereka.”

Terdahulu, selain menyanyi, Aina juga khabarnya sudah bergelar duta kepada sebuah produk kecantikan iaitu Truskin X Aina Abdul yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini di ibu kota.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

All the best diucapkan kepada Aina Abdul!

The post Lagu ‘Sepi’ Dalam Bahasa Korea, Aina Abdul Sedia Terima Kritikan Peminat K-Pop first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.