Ads Top

Main Ad

Lancar Lagu Raya, Aliff Syukri Kongsi Video Menyanyi Di Studio Tanpa ‘Auto-Tune’

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini ada memberi bayangan bakal mengeluarkan lagu raya baru tidak lama lagi.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Aliff Syukri khabarnya bakal melancarkan single Hari Raya nyanyiannya pada hari Isnin depan menerusi saluran YouTube miliknya, TV Terlajak Laris.

Advertisement

Dia juga sempat memberikan sedikit ‘teaser’ single tersebut untuk tatapan para pengikut serta peminatnya di media sosial Instagram.

Malah, Aliff Syukri juga mendedahkan bahawa dia ada menjalani latihan vokal dalam usaha untuk memperbaiki mutu nyanyiannya.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil meninggalkan pesanan tidak sabar untuk mendengar ‘buah tangan’ terbaru usahawan kosmetik itu.

Terdahulu, Aliff Syukri ada memberitahu bahawa terbitnya lagu tersebut adalah kerana dia ingin menghiburkan hati peminat dan orang ramai yang tidak dapat pulang ke kampung gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

The post Lancar Lagu Raya, Aliff Syukri Kongsi Video Menyanyi Di Studio Tanpa ‘Auto-Tune’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.