Ads Top

Main Ad

“Laudya Cynthia Bella Wanita Idaman Saya..” – Dimas Beck Akui Sangat Sayangkan Pelakon Wanita Itu

Dimas Beck yang memang terkenal di negara seberang, Indonesia mengakui bahawa salah seorang daripada wanita idamannya adalah bekas isteri kepada Engku Emran, iaitu Laudya Cynthia Bella.

View this post on Instagram

A post shared by DimBeck (@dimasbeck)

Advertisement

Ujar Dimas lagi, dia sangat menyanyangi Laudya memandangkan mereka berdua sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Perkara itu didedahkan sendiri Dimas yang merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan Bukan Bintang Biasa menerusi saluran video Youtuber Nikita Mirzani.

View this post on Instagram

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella)

“Saya benar-benar menyanyanginya. Kami sudah melalui pelbagai cabaran bersama kerana sudah lama mengenali antara satu sama lain.” ujarnya ketika ditemu bual dalam video tersebut.

Personaliti Dimas yang agak privasi dalam menceritakan hal peribadi kepada peminat sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan Laudya namun mereka berdua tampil menjelaskan hubungan mesra selama hampir 15 tahun itu hanyalah sekadar teman baik.

View this post on Instagram

A post shared by DimBeck (@dimasbeck)

Terdahulu, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Engku Emran yang kini merupakan suami kepada kakak Neelofa, Noor Nabila.

Setelah hampir tiga tahun berkahwin mereka berdua akhirnya menemui titik noktah dalam perhubungan suami isteri setelah bercerai pada Julai tahun lalu.

The post “Laudya Cynthia Bella Wanita Idaman Saya..” – Dimas Beck Akui Sangat Sayangkan Pelakon Wanita Itu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.