Ads Top

Main Ad

Mimi Lana Luah Rasa Tak Puas Hati Peniaga Kecil Dikenakan Kompaun RM50k

Pelakon Mimi Lana, meluahkan perasaannya dan memberi pandangan mengenai isu tindakan anggota polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM50,000 kepada dua orang peniaga yang berbeza.

BACA: “Denda RM50k Memang Tidak Patut..” – Sarimah Ibrahim Minta Netizen Tularkan Peniagaan Abang Burger

Advertisement

Bukan sahaja Mimi bersuara mengenai isu ini, selebriti Malaysia yang lain juga turut memberi pandangan dan tampil bersuara bagi pihak peniaga kecil yang dikena kompaun sebanyak itu.

twitter mimi lana

Mimi Lana tampil bersuara di Twitter nya mengenai isu peniaga kecil yang dikenakan kompaun sebanyak RM50k.

Pelakon Pusaka itu akur dengan tanggungjawab penguat kuasa menjalankan tugas mereka namun dia cuma tertanya sama ada pegawai yang mengenakan kompaun dengan jumlah yang tinggi itu terfikir jika peniaga kecil ini mampu atau tidak untuk membayarnya.

Mimi, 26 juga berharap agar pegawai yang bertanggungjawab dalam isu berkenaan untuk lebih berfikiran waras sebelum membuat tindakan lanjut.

Powered by Blogger.