Ads Top

Main Ad

Muat Naik Foto Mesra, Peminat Doa Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Cepat Kahwin

Jika sebelum ini pasangan romantis, Syafiq Kyle dan Mimi Lana telah mengumumkan bahawa hubungan cinta antara mereka putus di tengah jalan, namun masih ada peminat yang tertunggu-tunggu mereka kembali bersama sebagai pasangan kekasih.

Syafiq Kyle Mimi LanaSumber : Google  

Meskipun sibuk dengan kerjaya sebagai anak seni, sejak akhir tahun lalu, Mimi dan Syafiq dilihat seperti sudah kembali bersama sebagai pasangan kekasih meskipun tiada hebahan mengenai perkara tersebut.

Advertisement

Terbaharu, Mimi menerusi laman Instagramnya ada memuat naik foto bersama pelakon lelaki tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Tampil mesra dengan kapsyen “Awak telah menyentuh saya tanpa perlu bersentuhan..” oleh Mimi, seolah-olah mengiyakan telahan peminat mengenai hubungan cinta antara mereka.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat serta pengikut media sosial pasangan ini tampil mendoakan agar Mimi dan Syafiq cepat-cepat mendirikan rumah tangga.

View this post on Instagram

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Apa-apapun, doakan yang terbaik sajalah. Sweet sangat!

The post Muat Naik Foto Mesra, Peminat Doa Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Cepat Kahwin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.