Ads Top

Main Ad

Pandang Pertama Samsung A32, Warna Trendy & Susunan Kamera Yang Menonjol!

Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan 3 model mid-range yang dikenali sebagai Galaxy A32, A52 dan A72. Bagi pengemar setia Android seperti admin, pelancaran model Samsung sentiasa dinantikan kerana Samsung merupakan jenama yang sentiasa menambah baik fungsi telefon pintarnya walaupun hanya telefon kelas pertengahan.

Paling best kali ini, admin diberi peluang untuk memiliki model A32. Terima kasih Samsung! Jom join pandang pertama A32 dan ketahui apakah ciri yang paling menonjol yang dimiliki telefon pintar ni.

Advertisement

Ada charger tak?

Ni soalan yang biasa diterima bagi setiap pengeluaran telefon sekarang, korang tak perlu risau Galaxy A32 masih lagi dibekalkan dengan palam dan kabel pengecas.

Kapasiti bateri untuk A32 juga agak besar iaitu 5000mAh. Untuk gamers dan yang suka merakam foto dengan telefon pintar ini semestinya ciri yang sangat ons untuk korang.

Galaxy A32 turut dilengkapi dengan kebijaksaan AI yang mampu mengesan dan adjust penggunaan telefon korang untuk penjimatan bateri. Admin perasan juga yang model ni dilengkapi pengecasan yang pantas, tak perlu tunggu lama untuk tunggu full bateri.

Susunan kamera yang menonjol

Advertisement

Selalunya, hanya telefon pintar kategori flagship je yang akan hadir dengan gaya terbaik. Tapi tidak bagi Samsung, kemasan belakang Galaxy A32 seperti gelas, mengingatkan admin dengan Galaxy S10.

Kedudukan kamera di penjuru kanan juga membantu untuk mengambil gambar mengikut aras mata. Tak sangka pula untuk Galaxy A32, ia dilengkapi dengan 4 kamera dibahagian belakang (main, ultra wide, depth, macro) dengan kamera utama 64MP dan kamera hadapan 20MP. Kalau tangkap gambar confirm cun dan jelas.

Skrin 6.4 inci, puas nak tengok K-drama!

Sekarang kalau boleh semua benda nak dibuat menggunakan telefon pintar, bukan sekadar untuk bertukar pesanan atau melayari sosial media. Malah ia turut menjadi medium untuk berniaga dan juga teman menonton drama, lagi-lagi yang suka layan drama Korea.

Tersedia dengan skrin 6.4-inch FHD dan Super AMOLED Infinity-U Display, Samsung GalaxyA32 pastinya memberikan korang kepuasan menggunakannya. Skrin yang lebih luas, tengok drama dan main games memang layan!

Harga mampu milik dengan 4 warna pilihan warna menawan

Samsung Galaxy A32 hadir dengan 4 pilihan warna yang menawan iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue dan Awesome Violet. Semua memang cantiklah!

Dijual pada harga RM1,099 (RM1,199 untuk 5G) Galaxy A32 adalah telefon pintar wajib dimiliki bagi korang yang pentingkan gaya dengan kualiti kamera terbaik.

Maklumat lanjut mengenai siri Galaxy A32 ini, korang boleh layari laman web rasmi Samsung di SINI. Sebelum tu nak pesan, jangan lupa  untuk ikuti perincian spesifikasi dan pengalaman admin menggunakan telefon pintar ni. Stay tuned tau!

The post Pandang Pertama Samsung A32, Warna Trendy & Susunan Kamera Yang Menonjol! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.