Ads Top

Main Ad

Rayuan Batal Denda Ditolak, Muhammad Sajjad Dikehendaki Bayar RM200,000 Kepada Stokis Bengkung

Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bersama Nur Sajat Aesthetic dan Ashaari Maznan dilaporkan telah gagal untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu dalam membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan untuk memerintahkan membayar ganti rugi sebanyak hampir RM200,000 kepada plaintif Nurwati Hussin yang juga merupakan pengasas kepada OWA Resources.

Advertisement
Sajat Nurul HafidzahSumber : Google  

Nurul Hafidzah selaku peguam utama mewakili Nurwati Hussin memberitahu bahawa Sajat juga diarah untuk membayar kos guaman sebanyak RM5,000.

“Keputusan notis usul kebenaran merayu ditolak oleh mahkamah..” ujar Nurul Hafidzah.

Terdahulu, OWA Resources telah memfailkan saman terhadap Nur Sajat Aesthetic kerana kegagalan syarikat usahawan tersebut membekalkan bengkung dan girdle yang dipesan pihak mereka antara bulan Februari dan April tahun 2018.

SajatSumber : Google  

Disebabkan kegagalan yang juga pelanggaran kontrak tersebut, plaintif Nurwati telah memenangi kes tersebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Kemudian, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menerima rayuan OWA Resources berkaitan ganti rugi dan kos yang tidak diberikan oleh Mahkamah Sesyen.

Advertisement
Google

Ini menjadikan jumlah ganti rugi dan kos yang perlu dibayar Sajat kepada OWA Resources ialah RM200,000.

Semasa kes tersebut berlangsung, Nurwati juga turut ditahan polis untuk tujuan membantu siasatan apabila Sajat telah bertindak membuat laporan polis palsu yang mendakwa dia telah menyeleweng wang syarikat dan melakukan pecah amanah sebanyak RM1 juta.

SajatSumber : Google  

Setelah pelbagai fitnah dan tuduhan dilemparkan Sajat terhadap Nurwati dan suami, kemenangan mereka dalam kes tersebut telah memulihkan kembali nama OWA Resources yang sebelum ini tercalar gara-gara perkara tersebut.

“Keputusan hari ini telah memulih dan mengukuhkan imej, reputasi dan jenama perniagaan OWA Resources yang dilanda krisis undang-undang, ekonomi dan persepsi negatif. Anak guam kini berada di landasan yang betul untuk terus berjaya dengan perniagaan mereka.” tambah Nurul Hafidzah.

Sajat BengkungSumber : Google  

Manakala bagi Nurwati, keputusan mahkamah telah membantu dia dan syarikatnya untuk memperoleh semula modal perniagaan bagi stok yang tidak dibekalkan serta turut berterima kasih kepada barisan peguamnnya yang bertungkus lumus dalam kes tersebut.

Info tambahan, Nurwati Hussin adalah bekas stokis utama Muhammad Sajjad dan dia juga seorang figura terpenting dimana telah banyak membantu dan menolong Sajat ketika awal penglibatan dalam dunia perniagaan.

The post Rayuan Batal Denda Ditolak, Muhammad Sajjad Dikehendaki Bayar RM200,000 Kepada Stokis Bengkung first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.