Ads Top

Main Ad

Rita Rudaini Disindir Tak ‘Move On’ Gara-Gara Letak Gambar Bekas Suami Di Family Tree

Pelakon, Rita Rudaini disindir seorang pengikut di Instagram gara-gara meletakkan gambar bekas suami di tugasan sekolah anak. Difahamkan, guru meminta anaknya, Airit Qaqa Arjuna membuat family tree menceritakan salasilah keluarga beserta gambar. Menerusi posting tersebut, Rita berseloroh mahu menggantikan gambar bekas suami dengan pelakon terkenal Korea, Hyun Bin namun khuatir guru akan pengsan sejurus melihatnya.

Disebabkan itu, dia terpaksa meletakkan gambar bekas suami meskipun sudah berpisah.

Advertisement
 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Namun, perkongsian tersebut disindir seorang individu yang menganggap pelakon ini masih belum move on dan tergila-gilakan bekas suami.

Kurang senang dengan komen itu, peminat yang lain mempertahankan tindakan Rita Rudaini dengan menyatakan tiada salah menggunakan gambar bekas suami. Tambahan pula, tugasan yang diberikan berkaitan dengan carta keluarga si anak.

The post Rita Rudaini Disindir Tak ‘Move On’ Gara-Gara Letak Gambar Bekas Suami Di Family Tree first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.