Ads Top

Main Ad

Sanggup Derma Sebelah Buah Pinggang, Along Eyzendy Terharu Pengorbanan Isteri

Sinonim dengan watak lucu, pelakon, Along Eyzendy dikhabarkan sedang menderita penyakit buah pinggang. Ketika pemeriksaan kesihatan pada tahun 2019, Along dimaklumkan buah pinggangnya rosak dan hanya 19 peratus berfungsi.

BACA: Buah Pinggang Hanya 19 Peratus Berfungsi, Along Eyzendy Menderita Sakit Kronik

Advertisement

Bakal menjalani pembedahan buah pinggang, Along menerusi hantaran di Facebook meluahkan rasa terharu dengan pengorbanan isteri, Hamidah Mohd Yatim yang sanggup mendermakan sebelah buah pinggang kepadanya.

Ramadhan 2. Hari ke 5 untuk aku hari ke 3 untuk Amy Eyzendy dalam wad 7b Hospital Selayang. Dah bermacam-macam jenis doktor pakar datang untuk membuat penerangan secara detail. Dari pakar bius, pakar bedah, pakar buah pinggang, pakar transplant dan beberapa doktor pakar yang lain. Dari penerangan atau briefing dari diorang boleh la disimpulkan bahawa esok pagi selepas subuh kami akan menjalani ‘major operation’ aku tengok bini aku relax je dia…

Mengakui agak berdebar menunggu hari untuk dibedah, Along kagum melihat semangat dan kecekalan isteri yang nampak ‘biasa’. Padanya, mungkin isteri sudah tidak takut memandangkan tiga kali melahirkan anak secara pembedahan.

Tapi nasihat bini aku tak yah fikir just tawakal dan lalu je. Macam dia. Aku cuba, tapi 5 minit kemudian aku pikir balik. Memang berbeza la aku dengan dia. Dia lebih kuat lebih cekal dan lebih positif. Kalau tak dia takkan ambil keputusan yang sangat besar dengan mendermakan sebelah buah pinggangnya pada aku. Suatu keputusan yang belum tentu semua orang mampu untuk melakukannya. Termasuk aku. Aku sangat bertuah alhamdullilah. Mohon kalian doakan keselamatan kami berdua menghadapi ujian ini.

Namun apa yang pasti, dia sangat bertuah kerana memiliki isteri yang sanggup berkorban untuknya. Meluahkan rasa syukur, Along memohon orang ramai mendoakan keselamatan mereka dalam menghadapi ujian Allah SWT.

The post Sanggup Derma Sebelah Buah Pinggang, Along Eyzendy Terharu Pengorbanan Isteri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.