Ads Top

Main Ad

Sedar Kemampuan Diri, Nabila Razali Kena Banding Dengan Lagenda Saloma

Tular di media sosial Twitter semalam apabila seorang gadis tampil membuat video TikTok di mana dia telah membandingkan kualiti nyanyian penyanyi Nabila Razali dan Biduanita Puan Sri Saloma.

Ujar Nabila menerusi beberapa hantaran di Instagram dan Twitternya, dia pada mulanya tidak mengetahui mengenai kewujudan video tersebut sehinggalah ada seseorang mengirimkan kepadanya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ??? (@nabila.razali)

Penyanyi lagu Peluang Kedua ini juga menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui niat gadis berkenaan serta enggan melayani kandungan sebegitu.

Dalam hantaran Insta Storynya, Nabila menulis panjang lebar mengenai kelemahan dan kekurangan yang dialaminya dalam bidang nyanyian dan berkata sesetengah orang mengambil masa yang lama untuk mahir dalam sesuatu perkara kerana setiap orang dilahirkan dalam keadaan berbeza.

Nabila RazaliSumber : Instagram Nabila Razali  

“Bagi saya, jangan merendahkan orang lain kerana merasakan diri anda lebih bagus. Beri kritikan membina bukannya menjatuhkan. Paling penting percaya dengan proses dan takdir..”

Dia dalam pada itu juga enggan menyimpan dendam dan memilih untuk memaafkan gadis tersebut, tambahan pula di bulan Ramadan yang mulia ini.

Advertisement

Pada masa yang sama, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas ini juga sempat menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana bahawa tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

Instagram Nabila RazaliSumber : Instagram Nabila Razali  
Nabila Razali IGSumber : Instagram Nabila Razali  

“Terakhir sekali, selalulah ingat bahawa tiada yang sempurna di antara kita melainkan Dia..” tulisnya lagi.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang gadis yang bercerita mengenai pensyarahnya telah memaklumkan bahawa Nabila sebenarnya sudah diberi peluang untuk berlatih selama setahun namun masih tiada kemajuan dari segi nyanyian.

Budak TiktokSumber : Instagram Nabila Razali  

Malah, gadis tersebut turut membandingkan Nabila dengan penyanyi lagenda Saloma yang menurutnya, hanya memerlukan satu hari sahaja untuk membuat persiapan menyanyi di atas pentas persembahan.

The post Sedar Kemampuan Diri, Nabila Razali Kena Banding Dengan Lagenda Saloma first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.