Ads Top

Main Ad

Selepas 3 Bulan, Sambal Khairul Aming Cecah RM1juta Jualan!

Siapa tidak kenal dengan selebriti media sosial, Khairul Aming yang popular dengan pelbagai video masakan. Selain tidak lokek berkongsi ilmu, cara masakan yang mudah membuatkan pengikut mencuba setiap resepi yang dikongsikan.

Terbaru, Khairul Aming menerusi laman Twitter mendedahkan jualan Sambal Nyet yang diusahakannya kini sudah mencecah RM1 juta jualan dalam masa tiga bulan sahaja. Mengakui bukan senang untuk ke tahap ini, dia turut berkongsi ‘post mortem’ jualan RM1 juta tersebut.

Advertisement

Tulisnya, daripada 1000 sehari, pihaknya kini telah berjaya mengeluarkan sehingga 4000 botol sehari. Bermula bulan ini, dia cuba menghasilkan lebih kurang 100k botol sebulan untuk memenuhi permintaan ramai.

Dia juga telah mewujudkan bahagian customer hotline untuk membantu pelanggan-pelanggan yang berdepan masalah dengan parcel. Malah, sehingga ke hari ini, akaun Shopee yang menggunakan nama khairulamingbrand telah mencecah 100 ribu pengikut.

Bersyukur jualan sambal laku keras, Khairul Aming berhasrat untuk mengeluarkan lebih daripada 4000 botol sehari. Untuk tahun ini, dia memasang target untuk mencapai sehingga RM7juta jualan.

Apa-apapun, Khairul Aming sangat berterima kasih kepada pengikut yang sentiasa menyokong perjalanannya. Dia juga berterima kasih kepada ibu bapa yang memberi dorongan penuh kepadanya dalam bidang ini.

The post Selepas 3 Bulan, Sambal Khairul Aming Cecah RM1juta Jualan! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.