Ads Top

Main Ad

Solat Berjemaah Di Pusat Boling, Keluarga Sheila Rusly Undang Kritikan Netizen

Keluarga pengarah dan penerbit drama terkenal, Sheila Rusly sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dilihat menunaikan solat terawih secara berjemaah di sebuah pusat boling di pusat membeli belah bertempat di Petaling Jaya.

Perkara tersebut telah dimuat naik Sheila menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya ketika menunaikan solat sunat berkenaan.

Advertisement

“Malam ke-8. Tiada lagi alasan. Islam itu syumul. Iftar & terawih with my extended family. Solat Isyak dipimpin oleh Tuan Hj Jinggo @jinggo_jspictures manakala solat sunat terawih dipimpin oleh saudara @itsokaymarr.” tulis Sheila di entri berkenaan.

Meskipun suasana agak sibuk dengan kehadiran pengunjung bermain boling bersama keluarga dan sahabat handai di pusat permainan itu, kelihatan keluarga ini kusyuk dan tidak terganggu dengan keadaan itu.

Difahamkan juga, video berkenaan telah dirakam oleh bakal menantu Sheila dan suami iaitu Elisya Sandha.

“Sejuk mata memandang..” komen salah seorang pengguna media sosial Instagram di hantaran video berkenaan.

The post Solat Berjemaah Di Pusat Boling, Keluarga Sheila Rusly Undang Kritikan Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.