Ads Top

Main Ad

Susulan Kes Salah Laku Seksual Da’i Syed, Mahkamah Tetap 15 Jun Untuk Prosiding Seterusnya

Susulan kes salah laku seksual melibatkan pelakon dan juga pendakwah bebas, Da’i Syed, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya telah menetapkan 15 Jun ini sebagai tarikh akhir untuk penyerahan dokumen lanjutan dalam kes tersebut.

Difahamkan Hakim Jamaludin Man telah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid memaklumkan bahawa terdapat dokumen yang belum diserahkan kepada pihak pembelaan.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

Perkara tersebut juga disahkan oleh peguam yang mewakili Da’i Syed iaitu Syed Amirul Syed Edros.

Terdahulu, pada 10 Disember 2020, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun yang berlaku di Seksyen 7, jam 11.35 malam pada 11 September 2019 yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

Syed turut didakwa dengan sebuah lagi pertuduhan iaitu perlakuan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita yang merupakan pelajar kolej swasta berusia 22 tahun.

Selain itu, Mahkamah Majistret juga telah mengubah kes tersebut kepada Mahkamah Sesyen setelah Majistret Muhammad Iskandar Zainol membenarkan permohonan daripada pihak pendakwaan untuk memindahkan kes dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Sesyen.

The post Susulan Kes Salah Laku Seksual Da’i Syed, Mahkamah Tetap 15 Jun Untuk Prosiding Seterusnya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.