Ads Top

Main Ad

(TAHNIAH) Ayda Jebat Umum Hamil Empat Bulan, Mohon Doa Peminat

Pelakon dan juga penyanyi, Ayda Jebat telah mengumumkan sebuah berita gembira di mana dia kini sedang sarat hamil empat bulan.

Perkara tersebut diumumkan sendiri Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat,29, ketika meraikan peminat di sebuah majlis Iftar Bersama Ayda Jebat yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, semalam.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Dalam majlis itu, Ayda juga menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengumumkan berita tersebut daripada mulutnya sendiri.

View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

“Alhamdullilah dengan rezeki ini. Doakan agar kandungan saya sihat dan bayi yang bakal dilahirkan sempurna sifat. Saya juga bersyukur akhirnya dapat berkongsi berita ini dengan semua pada masa yang sesuai dari mulut saya sendiri.”

Advertisement

Jelas Ayda lagi, bayi sulungnya itu dijangka bakal melihat dunia pada Oktober ini.

Penyanyi lagu Pencuri Hati ini turut memohon doa daripada orang ramai terutamanya peminat agar dipermudahkan urusan dan sihat tubuh badan buat keduanya.

View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Terdahulu, Ayda Jebat telah mendirikan rumah tangga bersama personaliti TV, Nabil Mahir pada 1 Januari lalu secara sederhana yang dihadiri oleh rakan rapat dan juga ahli keluarga terdekat.

The post (TAHNIAH) Ayda Jebat Umum Hamil Empat Bulan, Mohon Doa Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.