Ads Top

Main Ad

(TAHNIAH) Tasha Shilla Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki

Syukur ke hadrat Ilahi apabila pelakon Tasha Shilla dikhabarkan sudah selamat menimang cahaya mata pertamanya baru-baru ini.

Menerusi entri yang di muat naik di laman Instagram selebriti tersebut, Tasha memanjatkan kesyukuran di atas kelahiran anak lelakinya pada 24 April kelmarin.

Advertisement

“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.”

 

View this post on Instagram

 

Dalam pada itu, Tasha sempat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dia menjalani proses bersalin ini termasuklah ahli keluarga, sahabat handai, pihak hospital serta suami tercinta, Atiq Idris.

“Thank you so much berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. I love you so much.”

Tahniah buat Tasha Shilla dan suami!

The post (TAHNIAH) Tasha Shilla Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.