Ads Top

Main Ad

(TAKZIAH) Nenek Syatilla Melvin Meninggal Dunia, Semalam

Nenek kepada pelakon dan juga usahawan, Syatilla Melvin dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.45 petang, semalam.

View this post on Instagram

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)

Advertisement

Berita duka itu dihebahkan pengasas produk kosmetik Kekasih itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikut media sosialnya.

“Selesai dah tanggungjawab Che Puteh Zakaria di dunia ini. Berakhir dengan kalimah Lailahailallah di mulut, indahnya kematian tok Ya Allah..” tulis pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini di bahagian kapsyen fotonya bersama arwah neneknya itu.

Dia dalam pada itu turut memohon doa orang ramai agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat daripada Allah S.W.T.

Dalam hantaran lain, adik kepada Syatilla, pelakon Syifa Melvin turut mengemas kini berita duka yang sama menerusi Instagram Story miliknya, semalam.

Takziah dan Al-Fatihah diucapkan buat Syatilla Melvin dan keluarga atas pemergian nenek tersayang.

The post (TAKZIAH) Nenek Syatilla Melvin Meninggal Dunia, Semalam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.