Ads Top

Main Ad

Tampil Berniqab, Akma AF Nafi Sudah Berubah Penampilan Sepenuhnya

Penyanyi Akma yang merupakan kelahiran program realiti TV Akademi Fantasia musim ke-3 tampil menjawab persoalan netizen mengenai penampilannya kini yang sering mengenakan niqab.

Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah,36, berkata dia masih belum berniqab sepenuhnya namun sedang berusaha untuk ke arah itu.

Advertisement

Ini berikutan timbul persoalan dalam kalangan peminat yang bertanyakan sama ada dia kini sudah berubah penampilan ke arah yang lebih alim dari sebelumnya.

“Ada yang tanya ‘Akma dah berniqab ke? Masya-Allah, belum lagi. Tapi saya aaminkan la. Bulan Ramadan ini semua orang cuba sedaya upaya berubah ke arah yang lebih baik. Apa-apa pun marilah kita perbaiki yang wajib dulu ya. Insyallah. Allah sayang.” tulisnya di hantaran Instagram tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by YOUTUBE : AKMA ABDULLAH (@akmaabdullah)

Advertisement

Meninjau ruangan komen, ramai peminat serta pengikut media sosial penyanyi lagu Rintik Hujan ini meninggalkan komen pujian di atas penampilan Akma yang kelihatan lebih tawaduk dan manis mengenakan niqab itu.

“Cantiknya awak berniqab, sungguh manis dan ayu..” tulis seorang pengguna media sosial di ruangan komen foto Akma.

The post Tampil Berniqab, Akma AF Nafi Sudah Berubah Penampilan Sepenuhnya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.