Ads Top

Main Ad

Tuju Ucapan Hari Lahir Buat Diri Sendiri, Zizan Razak Berdoa Agar Jodoh Dipermudahkan

Pelakon, penyanyi dan juga pengacara TV, Zizan Razak telah menyambut hari kelahiran yang ke-37 pada hari ini.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak turut berkesempatan membuat ucapan selamat buat dirinya sendiri menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Dalam doanya itu, Zizan berharap agar dirinya terus sukses dan sentiasa membuat orang sekeliling bahagia dan tersenyum dengan kehadirannya.

Selain berdoa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sentiasa, pelakon filem Polis Evo ini turut berharap agar jodohnya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

View this post on Instagram

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Advertisement

“Semoag Allah merahmatimu selalu dan sihat sentiasa murah rezeki dan dipanjangkan umur. Segala usaha mu dipermudahkan jua jodoh dipercepatkan..”

Meninjau ruangan komen, hantaran tersebut ternyata telah mencuri perhatian peminat yang turut mendoakan agar setiap impian dan hasrat pelawak kumpulan JoZan ini dimakbulkan illahi.

Selamat Hari Jadi diucapkan buat Zizan Razak!

The post Tuju Ucapan Hari Lahir Buat Diri Sendiri, Zizan Razak Berdoa Agar Jodoh Dipermudahkan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.