Ads Top

Main Ad

Tular Anak Kambing Berwajah Pelik, Miliki Telinga Kambing Tetapi Berwajah Seperti Manusia

Beberapa keping gambar anak kambing yang mempunyai wajah seperti manusia tular di media sosial, lapor Times Now News.

Anak kambing itu dilaporkan telah dilahirkan di sebuah perkampungan di Gujarat, India di rumah seorang peladang bernama Ajaybhai Vasava.

Tulis portal itu, haiwan berkenaan dilahirkan dengan empat kaki dan telinga seperti kambing, namun memiliki dahi, mata, mulut dan sebahagian janggut yang menyerupai manusia selain tidak mempunyai ekor.

Video yang tular di media sosial memaparkan haiwan itu ‘terbaring’ di samping kain dan pinggan aarti yang digunakan untuk pemujaan.

Bagaimanapun, haiwan itu dikatakan hanya mampu hidup selama 10 minit, tulis Times Now News.

Tambah portal itu, anak kambing tersebut disembah sebelum ditanam penduduk setempat kerana dianggap sebagai kelahiran semula nenek moyang mereka.

Sumber: Times Now News

The post Tular Anak Kambing Berwajah Pelik, Miliki Telinga Kambing Tetapi Berwajah Seperti Manusia appeared first on Siakap Keli.




Powered by Blogger.