Ads Top

Main Ad

Tular Video Perempuan Peluk Erat Fattah Amin, Fazura Tampil Beri Penjelasan

Semalam tular di media sosial Twitter apabila sebuah video memaparkan seorang wanita memeluk erat suami kepada pelakon popular Fazura, Fattah Amin.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah riak wajah serta reaksi pelakon Gol & Gincu itu yang didakwa peminat seolah tidak senang dengan kelakuan wanita tersebut.

Fazura FattahSumber : Google  

Enggan mengeruhkan keadaan, Fazura akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai perkara sebenarnya yang telah terjadi pada ketika itu.

Kata Fazura, wanita tersebut adalah rakan baik dia dan Fattah dan sering bergurau sedemikian rupa.

Tambahnya lagi, video itu sebenarnya sudah lama dan tidak menyangka akan menjadi tular seperti itu.

“Sebenarnya itu gurauan ja, diorang memang suka bergurau macam tu. Vee (rakan baik) tu memang suka kacau Faz dan Fattah. Harap tak ada salah faham lagi.”

Ibu kepada Nur Fatima Aisya itu juga menjelaskan bahawa video itu memang sengaja dimuat naik kerana merasakan momen tersebut agak kelakar.

Penjelasan FazuraSumber : TikTok Fazura  

Fazura tampil membuat penjelasan tersebut menerusi satu hantara di akaun TikTok miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

The post Tular Video Perempuan Peluk Erat Fattah Amin, Fazura Tampil Beri Penjelasan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.